Blong yang terbaik di kelasnya, Membahas tentang berita terkini lokal, nasional, dan global, keuangan, ekonomi, alkoin, crypto dan currency, blockchain, mobil, dan motor, olahraga, musik, film, pasar crypto, pasar saham, indonesia, dan eropa, ilmu sain, dan teknologi, dan lainnya…
Suriya-AcehInfoAnakMeulaboh→Doktrin Ekonomi Marx-» “Ia adalah matlamat terakhir karya ini untuk mendedahkan hukum gerakan ekonomi bagi masyarakat moden,” iaitu, masyarakat kapitalis borjuasi, kata Marx dalam keterangan kepada Capital.
Sesuatu kajian ke dalam hubungan-hubungan pengeluaran dalam sesuatu masyarakat yang dihurai secara sejarah, dalam pengasasan, perkembangan dan kemerosotan - begitulah kandungan doktrin ekonomi Marx. Dalam masyarakat kapitalis, pengeluaran komoditi-komoditi adalah bermaharaja, dan maka kajian Marx bermula dengan kajian komoditi.
Nilai
Sesuatu komoditi adalah, di tempat pertama, sesuatu benda yang memenuhi sesuatu keperluan manusia; di tempat kedua, ia adalah sesuatu benda yang dapat ditukar untuk benda lain. Kegunaan sesuatu benda itu menjadikannya sesuatu nilai kegunaan. Nilai pertukaran (atau dengan pendek, nilai) adalah pertama sekali nisbah, perbandingan, di mana sesuatu bilangan nilai kegunaan dari satu jenis dapat ditukar untuk sesuatu bilangan nilai kegunaan yang berlainan jenis.
Pengalaman seharian menunjukkan kepada kita bahawa berjuta-juta pertukaran seperti itu sedang menyamakan dengan satu sama lain setiap jenis nilai kegunaan, malah yang paling berbeza dan tidak dapat dibandingkan. Jadi, apakah persamaan di antara benda-benda yang berbeza ini, benda-benda yang sentiasa disamakan dengan satu sama lain dalam sistem hubungan-hubungan sosial tetap? Ciri sama mereka adalah bahawa mereka merupakan hasil-hasil tenaga pekerja.
Dalam menukarkan barangan, orang menyamakan jenis tenaga pekerja yang paling berbeza. Pengeluaran komoditi-komoditi adalah sistem hubungan sosial di mana pengeluar-pengeluar individu menghasil barangan berbeza (pembahagian tenaga pekerja secara sosial), dan di mana kesemua barangan ini disamakan dengan satu sama lain dalam proses pertukaran. Akibatnya, apa yang sama kepada kesemua komoditi bukanlah tenaga pekerja kukuh dari sesuatu cabang pengeluaran, bukannya sesuatu jenis tenaga pekerja, tetapi tenaga pekerja manusia abstrak - tenaga pekerja secara umum.
Kesemua kuasa tenaga pekerja dalam sesuatu masyarakat, seperti yang diwakili dalam jumlah nilai-nilai kesemua komoditi, adalah satu dan sama dengan kuasa tenaga pekerja manusia. Beribu-ribu juta aksi pertukaran membuktikan ini. Akibatnya, setiap komoditi tertentu mewakili hanya sebahagian daripada masa tenaga pekerja yang diperlukan secara sosial. Magnitud nilai adalah ditentukan oleh jumlah tenaga pekerja yang diperlukan secara sosial, atas melalui masa tenaga pekerja yang diperlukan secara sosial untuk pengeluaran sesuatu komoditi tertentu, untuk nilai kegunaan tertentu.
Seperti yang dikatakan oleh seorang ahli ekonomi awal, nilai adalah hubungan di antara dua orang; hanya, dia patut menambahkan: sesuatu hubungan yang disembunyikan di bawah pembalut materialis. Kita dapat memahami apakah itu nilai hanya apabila kita mempertimbangkannya daripada pendirian sebuah sistem hubungan-hubungan pengeluaran sosial dalam sesuatu masyarakat jenis bersejarah, lebih-lebih lagi, hubungan-hubungan yang mendedahkan dirinya dalam fenomena pertukaran yang luas, fenomena yang mengulangi dirinya beribu-ribu kali.
Selepas membuat kajian terperinci mengenai sifat berlapis-dua tenaga pekerja yang terkandung dalam komoditi-komoditi, Marx kemudiannya mengkaji bentuk nilai dan duit. Di sini, tugas utama Marx adalah untuk mengkaji punca-punca bentuk nilai dalam duit, untuk mengkaji proses bersejarah perkembangan pertukaran, bermula dengan tindakan-tindakan pertukuran individu dan berkait (“bentuk nilai yang asas atau kebetulan,” di mana sesuatu kuantiti komoditi adalah ditukar bagi sesuatu kuantiti komoditi yang lain), dan kemudiannya bentuk nilai yang abadi, di mana beberapa komoditi yang berbeza ditukar untuk komoditi tertentu yang adalah satu dan sama, dan berakhir dengan bentuk nilai dalam duit, apabila emas menjadi komoditi tertentu itu, kesamaan abadi.
Sebagai hasil tertinggi perkembangan pertukaran dan pengeluaran komoditi, duit menopengkan, menyembunyikan, sifat sosial segala tenaga pekerja individu, hubungan sosial di antara pengeluar-pengeluar individu yang disatukan oleh pasaran. Marx mengkaji pelbagai fungsi duit dengan sangat terperinci; ia adalah penting untuk menotakan di sini khususnya (seperti dalam bab-bab pembukaan Capital secara umum) bahawa apa yang kelihatan seperti abstrak dan pada masa-masa tertentu cara pengkajian deduktif, dalam realiti menangani pengumpulan gergasi bahan-bahan fakta mengenai sejarah perkembangan pertukaran dan pengeluaran komoditi.
Suriya-AcehInfoAnakMeulaboh→Perjuangan Kelas-» Ia adalah pengetahuan umum bahawa, dalam mana-mana masyarakat, perjuangan beberapa ahlinya bercanggah dengan perjuangan orang lain, bahawa kehidupan sosial adalah penuh dengan percanggahan, dan bahawa sejarah mendedahkan sesuatu perjuangan di antara negara-negara dan masyarakat-masyarakat, serta di dalam negara-negara dan masyarakat-masyarakat, dan selain itu, saling penggantian zaman revolusi dan reaksi, kedamaian dan peperangan, kebantutan dan kemajuan pesat atau kemunduran.
Marxsisme telah memberikan panduan, iaitu, teori perjuangan kelas, untuk perjumpaan hukum-hukum yang memerintah keadaan yang seolah-olah mengelirukan dan bersifat huru-hara. Ia hanyalah kajian jumlah perjuangan kesemua ahli sesebuah masyarakat atau kumpulan masyarakat-masyarakat yang dapat membawa penghuraian saintifik mengenai hasil perjuangan-perjuangan tersebut. Perjuangan-perjuangan yang bercanggah berpunca dari perbezaan dalam kedudukan dan cara kehidupan kelas-kelas ke dalam mana masyarakat dibahagikan.
“Sejarah kesemua masyarakat yang sedia ada adalah sejarah perjuangan kelas,” Marx menulis dalam Communist Manifesto (dengan pengecualian sejarah masyarakat kuno, Engels kemudiannya menambah). “Orang bebas dan hamba, bangsawan dan golongan bawahan, tuan dan serf, ahli tukang dan pembantu tukang, pendek kata, penindas dan yang tertindas, sentiasa berdiri dalam tentangan di antara satu sama lain, mengusahakan pertempuran yang berterusan, kadang-kala disembunyikan, kadang-kala diperjuangkan secara terbuka, sesuatu pertempuran yang berakhir setiap kali antara dalam penyusunan semula masyarakat secara berevolusi, atau dalam kehancuran bersama-sama kelas-kelas yang saling berjuang… Masyarakat borjuasi moden yang telah bertunas dari kebinasaan masyarakat feudal belum membasmi penentangan-penentangan kelas.
Ia hanya telah mendirikan kelas-kelas baru, keadaan-keadaan penindasan baru, bentuk-bentuk perjuangan baru yang menggantikan bentuk-bentuk lama. Namun, zaman kita, iaitu zaman borjuasi, menunjukkan sifat yang istimewa berikut: ia telah meringkaskan penentangan-penentangan kelas. Masyarakat secara keseluruhan semakin bercerai ke dalam dua kem bermusuhan besar, ke dalam dua kelas besar yang berhadapan dengan satu sama lain: Borjuasi dan Proletariat.” Sejak Revolusi Perancis Besar, sejarah Eropah telah, di beberapa negara, mendedahkan apa yang sebenarnya terletak di bawah peristiwa-peristiwa – perjuangan-perjuangan kelas.
Zaman Pemulihan di Perancis sudah mengeluarkan beberapa ahli sejarah (Thierry, Guizot, Mignet dan Thiers) yang, dalam menyimpulkan apa yang berlaku, didesak untuk mengaku bahawa perjuangan kelas merupakan kunci kepada segala sejarah Perancis. Zaman moden – iaitu zaman kejayaan sepenuhnya borjuasi, pertubuhan-pertubuhan perwakilan, hak mengundi luas (jika bukan mutlak), akhbar harian murah, yang disebarkan dengan luas di kalangan rakyat, dan sebagainya, sesuatu zaman kesatuan-kesatuan pekerja dan kesatuan-kesatuan pihak majikan yang berkuasa dan semakin menyebar, dan sebagainya – telah menunjukkan dengan lebih menakjubkan (walaupun kadangkala dalam bentuk yang sangat berat sebelah, ‘damai’ dan ‘perlembagaan’) sebagai tenaga penggerak peristiwa-peristiwa.
Petikan berikat dari Manisfesto Komunis oleh Marx akan menunjukkan kepada kita apa yang Marx menuntut dari sains sosial berkenaan dengan kajian objektif ke atas kedudukan setiap kelas dalam masyarakat moden, dengan rujukan kepada kajian setiap kelas dalam keadaan-keadaan kemajuan: “Di antara kesemua kelas yang berhadapan dengan borjuasi pada hari ini, hanya proletariatlah yang benar-benar sebuah kelas revolusioner. Kelas-kelas yang lain mereput dan akhirnya lesap apabila berhadapan dengan Industri Moden; proletariat ada hasilnya yang khas dan mustahak. Kelas menengah bawahan, usahawan kecil, pekedai, tukang, petani, kesemua mereka berjuang menentang borjuasi, untuk menyelamatkan kewujudan mereka sebagai bahagian kelas menengah daripada kepupusan. Oleh kerana ini, mereka bukanlah bersifat revolusioner, tetapi konservatif.
Lebih-lebih lagi, mereka bersifat menentang kemajuan, kerana mereka mencuba memutar balik roda sejarah. Jika secara kebetulan mereka bersifat revolusioner, mereka hanyalah sedemikian akibat pemindahan mereka ke proletariat yang semakin mendekati, maka mereka bukanya mempertahankan masa sekarang mereka, tetapi kepentingan-kepentingan masa depan mereka, iaitu mereka meninggalkan pendirian mereka sendiri untuk menempatkan diri mereka pada pendirian proletariat.”
Dalam beberapa karya bersejarah (lihat Bibiliografi), Marx memberikan contoh-contoh hebat bagi sejarah materialis, dan kajian mengenai kedudukan setiap kelas individu, dan kadang-kala bagi kumpulan-kumpulan yang berlainan atau lapisan dalam sesebuah kelas, menunjukkan dengan jelas mengapa dan bagaimana “setiap perjuangan kelas adalah perjuangan politik.” Petikan di atas adalah gambaran mengenai rangkaian rumit hubungan-hubungan sosail dan tahap-tahap peralihan dari satu kelas ke kelas yang lain, dari masa yang lalu ke masa depan, dikaji oleh Marx untuk menentukan perkembangan bersejarah yang dihasilkan daripadanya.
Doktrin ekonomi Marx adalah pengesahan dan pengalaman teori ini yang paling mendalam, menyeluruh dan terperinci.
Suriya-AcehInfoAnakMeulaboh→Konsep Sejarah Materialis-»Kesedaran mengenai sifat tidak berterusan, tidak sempurna, dan berat sebelah materialisme lama meyakinkan Marx mengenai keperluan “membawa sains masyarakat… ke dalam perpaduan dengan dasar materialis, dan membinanya semula selepas itu.”
Oleh kerana materialisme secara umumnya menjelaskan kesedaran sebagai hasil kewujudan, dan bukan sebaliknya, maka materialisme diamalkan kepada kehidupan sosial umat manusia perlu menjelaskan kesedaran sosial sebagai hasil kewujudan sosial. “Teknologi,” menulis Marx (Capital, Jilid I)
Dalam keterangan kepada Contribution to the Critque of Political Economy, Marx memberikan keterangan penting mengenai prinsip-prinsip materialisme yang diamalkan kepada masyarakat manusia dan sejarahnya, dalam kata-kata yang berikut:
Jumlah hubungan-hubungan pengeluaran ini merupakan struktur ekonomi masyarakat, dasar sebenar, pada mana bangkitnya maha struktur perundangan dan politik dan kepada mana terdapatnya bentuk-bentuk kesedaran sosial tetap. Cara pengeluaran kehidupan materialis menetapkan proses kehidupan sosial, politik dan intelek secara umum. Ia bukannya kesedaran manusia yang menentukan kewujudan mereka, tetapi, sebaliknya, kewujudan sosial mereka yang menentukan kesedaran mereka.
Pada sesuatu tahap kemajuan, kuasa-kuasa pengeluaran materialis masyarakat memasuki percanggahan dengan hubungan-hubungan pengeluaran yang sedia ada, atau - apa yang merupakan perluahan perundangan bagi perkara yang sama - dengan hubungan-hubungan harta yang telah berfungsi sehingga itu. Dari bentuk-bentuk kemajuan kuasa-kuasa pengeluaran, hubungan-hubungan ini berubah menjadi belenggu mereka. Kemudian bermulalah zaman revolusi sosial. Dengan perubahan dasar ekonomi, seluruh maha struktur besar lebih kurang diubah dengan pesat.
Dalam mempertimbangkan perubahan-perubahan seperti itu, perbezaan mesti sentiasa dibuat di antara perubahan materialis keadaan-keadaan pengeluaran ekonomi, yang dapat ditentukan dengan terperinci oleh sains semula jadi, dan bentuk-bentuk perundangan, politik, keagamaan, keindahan atau falsafah – pendek kata, bentuk-bentuk ideologi di mana manusia menjadi sedar akan konflik ini dan memperjuangkannya.
(rujuk kepada formulasi pendek Marx dalam surat kepada Engels bertarikh 7hb Julai, 1866: “Teori kami adalah bahawa pengaturan tenaga pekerja adalah ditentukan oleh cara-cara pengeluaran”).
Perjumpaan konsep sejarah materialis, atau lebih tepat lagi, penerusan dan perluasan berterusan materialisme ke dalam arena fenomena sosial, menghapuskan dua kelemahan utama dalam dua teori sejarah awal. Dalam tempat pertama, teori sejarah awal itu hanya mengkaji motif-motif ideologi dalam aktiviti-aktiviti bersejarah umat manusia, tanpa mengkaji punca motif-motif tersebut, atau menentukan hukum-hukum objektif yang memerintah perkembangan sistem hubungan sosial, atau melihat akar hubungan-hubungan ini dalam tahap perkembangan yang dicapai oleh pengeluaran materialis; dalam tempat kedua, teori-teori yang lebih awal tidak memeluk aktiviti-aktiviti rakyat jelata, manakala materialisme bersejarah memungkinkan buat kali pertama untuk mengkaji, dengan ketepatan saintifik, hubungan-hubungan sosial kehidupan rakyat, dan perubahan-perubahan dalam keadaan-keadaan tersebut.
Pada tahap paling baik, ‘sosiologi’ dan tawarikh pra-Marxsis membawa ke hadapan akumulasi fakta-fakta mentah, mengumpul dengan tidak tentu, dan sesuatu penjelasan mengenai aspek-aspek proses sejarah individu. Dengan mengkaji seluruh aliran-aliran yang bercanggah, dengan mengurangkannya kepada keadaan-keadaan kehidupan dan pengeluaran pelbagai kelas masyarakat yang dapat ditentukan dengan terperinci, dengan mengetepikan subjektifisme dan rambang dalam pemilihan idea ‘bermaharaja’ tertentu atau dalam penjelasannya, dan dengan mendedahkan bahawa, tanpa pengecualian, kesemua idea dan segala aliran berpunca dari keadaan-keadaan kuasa-kuasa pengeluaran materialis, Marxsisme menandakan jalan menuju akjian menyeluruh dan mendalam mengenai proses kebangkitan, kemajuan dan kemerosotan sistem-sistem sosio - ekonomi.
Orang ramai membuat sejarah mereka sendiri, tetapi apakah yang menentukan motif-motif orang, rakyat jelata, iaitu, apakah membangkitkan pertempuran idea-idea dan perjuangan-perjuangan yang bercanggah? Apakah jumlah pertempuran-pertempuran ini dalam masyarakat-masyarakat manusia? Apakah keadaan-keadaan objektif pengeluaran kehidupan materialis yang membentukkan dasar bagi segala aktiviti bersejarah manusia? Apakah hukum kemajuan bagi keadaan-keadaan ini? Kepada semua ini, Marx menarik perhatian dan menentukan jalan menuju kajian sejarah secara saintifik sebagai proses tunggal yang, dengan kepelbagaian dan percanggahan yang luar biasa, diperintah oleh hukum-hukum tetap.
Suriya-AcehInfoAnakMeulaboh→Konsep Sejarah Materialis-»Kesedaran mengenai sifat tidak berterusan, tidak sempurna, dan berat sebelah materialisme lama meyakinkan Marx mengenai keperluan “membawa sains masyarakat… ke dalam perpaduan dengan dasar materialis, dan membinanya semula selepas itu.”
Oleh kerana materialisme secara umumnya menjelaskan kesedaran sebagai hasil kewujudan, dan bukan sebaliknya, maka materialisme diamalkan kepada kehidupan sosial umat manusia perlu menjelaskan kesedaran sosial sebagai hasil kewujudan sosial.
Dalam keterangan kepada Contribution to the Critque of Political Economy, Marx memberikan keterangan penting mengenai prinsip-prinsip materialisme yang diamalkan kepada masyarakat manusia dan sejarahnya, dalam kata-kata yang berikut:
Jumlah hubungan-hubungan pengeluaran ini merupakan struktur ekonomi masyarakat, dasar sebenar, pada mana bangkitnya maha struktur perundangan dan politik dan kepada mana terdapatnya bentuk-bentuk kesedaran sosial tetap. Cara pengeluaran kehidupan materialis menetapkan proses kehidupan sosial, politik dan intelek secara umum. Ia bukannya kesedaran manusia yang menentukan kewujudan mereka, tetapi, sebaliknya, kewujudan sosial mereka yang menentukan kesedaran mereka.
Pada sesuatu tahap kemajuan, kuasa-kuasa pengeluaran materialis masyarakat memasuki percanggahan dengan hubungan-hubungan pengeluaran yang sedia ada, atau - apa yang merupakan perluahan perundangan bagi perkara yang sama - dengan hubungan-hubungan harta yang telah berfungsi sehingga itu. Dari bentuk-bentuk kemajuan kuasa-kuasa pengeluaran, hubungan-hubungan ini berubah menjadi belenggu mereka. Kemudian bermulalah zaman revolusi sosial. Dengan perubahan dasar ekonomi, seluruh maha struktur besar lebih kurang diubah dengan pesat.
Dalam mempertimbangkan perubahan-perubahan seperti itu, perbezaan mesti sentiasa dibuat di antara perubahan materialis keadaan-keadaan pengeluaran ekonomi, yang dapat ditentukan dengan terperinci oleh sains semula jadi, dan bentuk-bentuk perundangan, politik, keagamaan, keindahan atau falsafah – pendek kata, bentuk-bentuk ideologi di mana manusia menjadi sedar akan konflik ini dan memperjuangkannya.
(rujuk kepada formulasi pendek Marx dalam surat kepada Engels bertarikh 7hb Julai, 1866: “Teori kami adalah bahawa pengaturan tenaga pekerja adalah ditentukan oleh cara-cara pengeluaran”).
Perjumpaan konsep sejarah materialis, atau lebih tepat lagi, penerusan dan perluasan berterusan materialisme ke dalam arena fenomena sosial, menghapuskan dua kelemahan utama dalam dua teori sejarah awal. Dalam tempat pertama, teori sejarah awal itu hanya mengkaji motif-motif ideologi dalam aktiviti-aktiviti bersejarah umat manusia, tanpa mengkaji punca motif-motif tersebut, atau menentukan hukum-hukum objektif yang memerintah perkembangan sistem hubungan sosial, atau melihat akar hubungan-hubungan ini dalam tahap perkembangan yang dicapai oleh pengeluaran materialis; dalam tempat kedua, teori-teori yang lebih awal tidak memeluk aktiviti-aktiviti rakyat jelata, manakala materialisme bersejarah memungkinkan buat kali pertama untuk mengkaji, dengan ketepatan saintifik, hubungan-hubungan sosial kehidupan rakyat, dan perubahan-perubahan dalam keadaan-keadaan tersebut.
Pada tahap paling baik, ‘sosiologi’ dan tawarikh pra-Marxsis membawa ke hadapan akumulasi fakta-fakta mentah, mengumpul dengan tidak tentu, dan sesuatu penjelasan mengenai aspek-aspek proses sejarah individu. Dengan mengkaji seluruh aliran-aliran yang bercanggah, dengan mengurangkannya kepada keadaan-keadaan kehidupan dan pengeluaran pelbagai kelas masyarakat yang dapat ditentukan dengan terperinci, dengan mengetepikan subjektifisme dan rambang dalam pemilihan idea ‘bermaharaja’ tertentu atau dalam penjelasannya, dan dengan mendedahkan bahawa, tanpa pengecualian, kesemua idea dan segala aliran berpunca dari keadaan-keadaan kuasa-kuasa pengeluaran materialis, Marxsisme menandakan jalan menuju akjian menyeluruh dan mendalam mengenai proses kebangkitan, kemajuan dan kemerosotan sistem-sistem sosio - ekonomi.
Orang ramai membuat sejarah mereka sendiri, tetapi apakah yang menentukan motif-motif orang, rakyat jelata, iaitu, apakah membangkitkan pertempuran idea-idea dan perjuangan-perjuangan yang bercanggah? Apakah jumlah pertempuran-pertempuran ini dalam masyarakat-masyarakat manusia? Apakah keadaan-keadaan objektif pengeluaran kehidupan materialis yang membentukkan dasar bagi segala aktiviti bersejarah manusia? Apakah hukum kemajuan bagi keadaan-keadaan ini? Kepada semua ini, Marx menarik perhatian dan menentukan jalan menuju kajian sejarah secara saintifik sebagai proses tunggal yang, dengan kepelbagaian dan percanggahan yang luar biasa, diperintah oleh hukum-hukum tetap.
Suriya-AcehInfoAnakMeulaboh→Dialektik-»Sebagai doktrin kemajuan yang paling menyeluruh dan mendalam, dan yang paling kaya dalam isi kandungan, dialektik Hegelian dianggap oleh Marx dan Engels sebagai pencapaian terbaik falsafah Jerman klasik.
Mereka berpendapat bahawa mana-mana formulasi prinsip mengenai kemajuan, mengenai evolusi, adalah berat sebelah dalam isu kandungan, dan hanya dapat memesongkan dan mencederakan aliran kemajuan sebenar (yang sering kali berlaku dalam lompatan-lompatan, dan melalui malapetaka dan revolusi) dalam Alam dan masyarakat.
“Fikiran asas hebat,” tulis Engels, bahawa dunia tidak patut difahami sebagai sebuah kompleks benda-benda yang sedia wujud, di mana benda-benda mengandungi tidak kurang daripada imej-imej minda mereka dalam kepala-kepala kita, iaitu konsep-konsep, melalui perubahan tanpa halangan dalam menjadi wujud dan meninggal semula… fikiran asas hebat ini telah, terutamanya pada masa Hegel, memasuki kesedaran biasa dengan begitu menyeluruh sehingga dalam sifat umum ini ia jarang sekali di bantah.
Tetapi untuk mengakui fikiran asas ini dalam kata-kata dan untuk mengamalkannya dalam realiti dengan terperinci pada setiap arena kajian adalah dua perihal yang berbeza… Bagi falsafah dialektik, tidak ada apa-apa yang mutlak, akhir, suci. Ia mendedahkan sifat peralihan semuanya dan dalam semuanya; tidak ada apa-apa yang dapat kekal sebelumnya kecuali proses tanpa halangan menjadi wujud dan meninggal semula, peningkatan tanpa akhirat dari yang rendah ke yang tinggi. Dan falsafah dialektik sendiri hanyalah pencerminan proses ini dalam pemikiran otak.” Maka, menurut Marx, dialektik adalah “sains hukum-hukum gerakan umum, biarpun dunia luaran mahupun pemikiran manusia.”
Aspek revolusioner dalam falsafah Hegel ini dipupuk dan diperkembangkan oleh Marx. Materialisme dialektik “tidak memerlukan apa-apa falsafah berdiri di sains-sains yang lain.” Dari falsafah dahulu, terdapat “sains pemikiran dan logik hukum-rasmi dan dialektik.” Dialektik, seperti yang difahami oleh Marx, dan juga secara selari dengan Hegel, melibatkan apa yang kini dinamakan teori pengetahuan, atau epistemologi, yang, juga, perlu menganggap perihal subjeknya secara bersejarah, mengkaji dan mengumumkan punca dan kemajuan pengetahuan, peralihan dari bukan pengetahuan kepada pengetahuan.
Pada masa kita, idea kemajuan, idea evolusi, telah hampir sepenuhnya memasuki kesedaran sosial, hanya dalam cara-cara lain, dan bukannya melalui falsafah Hegelian. Namun, idea ini, seperti yang diterajui oleh Marx dan Engels pada dasar falsafah Hegel, adalah lebih mendalam dan jauh lebih kaya dalam kandungan daripada aliran idea evolusi mutakhir.
Sesuatu kemajuan yang mengulang, seperti itu, tahap-tahap yang sudah berlalu, tetapi mengulanginya dalam cara yang berlainan, pada dasar yang lebih tinggi (“penafian terhadap penafian”), sesuatu kemajuan, untuk mengatakannya, yang berlaku dalam pusaran, bukannya mengikut garis lurus; “jurang dalam penerusan”; perubahan kuantiti menjadi kualiti; naluri-naluri dalaman menuju kemajuan, dihadiahkan oleh percanggahan dan konflik pelbagai kuasa dan aliran bertindak pada badan tertentu, atau di dalam fenomena tertentu, atau dalam masyarakat tertentu; saling pergantungan dan hubungan paling rapat dan tidak dapat dileburkan di antara kesemua aspek dari mana-mana fenomena (sejarah sentiasa mendedahkan aspek-aspek baru), hubungan yang memberikan proses gerakan seragam, dan abadi, proses yang mengikut hukum-hukum tertentu - inilah beberapa aspek dialektik sebagai doktrin kemajuan yang lebih kaya daripada doktrin biasa.
(rujuk kepada surat Marx kepada Engels pada 8hb Januari, 1868, di mana dia mengutuk “trikotomi-trikotomi kayu” Stein, yang memang gila untuk mengelirukan dengan dialektik materialis.)
Suriya-AcehInfoAnakMeulaboh→Falsafah Materialisme-»Bermula dengan tahun-tahun 1844-1845, apabila pandangan-pandangannya mengambil bentuk, Marx merupakan seorang materalis dan khususnya pengikut Ludwig Feuerbach, yang kelemahan-kelemahannya Marx kemudiannya melihat hanya dalam konsep materialisme-nya yang tidak cukup mantap dan mendalam.
Bagi Marx, kepentingan bersejarah dan “pembuat zaman” Feuerbach terletak dalam pemisahan dengan idealisme Hegel dan dalam laungan materialisme, yang sudah “pada abad kelapan-belas, terutamanya materialisme Perancis, bukan sahaja merupakan perjuangan menentang pertubuhan-pertubuhan politik dan menentang… agama dan teologi, tetapi juga… menentang segala metafizik” (dari segi “spekulasi mabuk” seperti yang berbeza daripada “falsafah sedar”).
(The Holy Family dalam Literarischer Nachlas). “Bagi Hegel…” Marx menulis, “proses pemikiran, yang, di bawah nama ‘Idea’, dia mengubah menjadi subjek bebas, adalah demiurgos (pencipta, pewujud) dunia sebenar… Dengan saya, sebaliknya, yang sempurna adalah tidak lain daripada dunia materialis dicerminkan oleh minda manusia, dan diterjemahkan ke dalam bentuk-bentuk pemikiran” (Capital, Jilid I, Kata Pengantar kepada Edisi Kedua).
Dalam aliran yang sama sepenuhnya dengan falsafah materialis Marx ini, dan mengukuhkannya, Frederick Engels menulis dalam Anti-Dühring (dibaca olh Marx dalam manuskrip):
“Perpaduan dunia tidak terdiri dalam kewujudkan dunia… Perpaduan sebenar dunia terdiri dalam sifat materialis-nya, dan ini dibuktikan… oleh perkembangan falsafah dan sains semulajadi yang lama dan letih…”.
Gerakan adalah cara kewujudan jisim. Tidak pernah di mana-mana terdapatnya jisim tanpa gerakan, atau gerakan tanpa jisim, dan ia tidak dapat berlaku sebegitu… Tetapi jika… persoalan diutarakan: apakah pemikiran dan kesedaran sebenarnya, dan ia datangnya dari mana; ia menjadi jelas bahawa ianya adalah hasil otak manusia dan bahawa manusia sendiri adalah hasil Alam, yang telah berkembang dalam dan dengan alam semula jadi nya; maka, ia adalah jelas bahawa hasil-hasil otak manusia, dalam kajian terakhir sebagai hasil-hasil Alam, tidak bercanggah dengan hubungan-hubungan Alam yang lain tetapi adalah sejajar dengannya…
Dalam Ludwig Feuerbach di mana Engels mengutarakan pandangannya sendiri dan pandangan Marx mengenai falsafah Feuerbach, dan yang dihantar kepada pihak pencetak selepas dia telah membaca semula manuskrip lama yang ditulis oleh Marx dan dirinya sendiri pada tahun 1844-1845 mengenai Hegel, Feuerbach dan konsep materialis mengenai sejarah – dia menulis:
“Soalan asas besar mengenai segala falsafah, terutamanya falsafah mutakhir, adalah hubungan pemikiran dan kewujudan… jiwa kepada Alam… yang manakah utama, jiwa atau Alam… Jawapan-jawapan yang diberikan oleh ahli-ahli falsafah kepada soalan ini membahagikan mereka ke dalam dua kem besar. Mereka yang mendakwa keutamaan jiwa di bawah Alam dan, maka, dalam peristiwa terakhir, menganggap penciptaan dunia dalam satu bentuk atau bentuk yang lain… membuat perjanjian dengan kem idealisme.
Yang lain, yang menganggap Alam sebagai utama, adalah kepunyaan pelbagai sekolah materialisme.” Mana-mana kegunaan lain bagi konsep-konsep idealisme dan materialisme (falsafah) hanya membawa kekeliruan. Marx dengan nyata menolak, bukan sahaja idealisme, yang sentiasa dikaitkan dalam satu cara atau cara yang lain dengan agama, tetapi juga pandangan – yang sangat luas tersebar pada hari kita – Hume dan Kant, agnostikisme, kritikan, dan positifisme dalam bentuk-bentuk yang berlainan; dia menganggap falsafah tersebut sebagai pemberian ‘reaksioner’ kepada idealisme, dan paling baik sekali “cara malu untuk menerima materialisme dengan sulit, sambil menafikannya di hadapan dunia.”
Mengenai persoalan ini, lihat, di samping karya-karya oleh Engels dan Marx yang disebutkan di atas, surat yang Marx menulis kepada Engels pada 12hb Disember, 1868, di mana, merujuk kepada kata-kata ahli naturalis Thomas Huxley, yang “lebih bersifat materialistik” daripada biasa, dan sebutannya bahawa “selagi kita melihat dan berfikir, kita tidak dapat melarikan diri daripada materialisme,” Marx mengutuk Huxley keranan membiarkan “lubang terbuka” bagi agnostikisme, bagi Humisme. Ia adalah penting untuk menotakan pandangan Marx mengenai hubungan kebebasan dan kemestian:
“Kebebasan adalah penghargaan kemestian. ‘Kemestian adalah buta hanya sejauh mana ia tidak difahami’” (Engels dalam Anti-Dühring). Ini bermakna pengiktirafan perintah hukum-hukum objektif dalam Alam dan perubahan kemestian dialektik menjadi kebebasan (dalam cara yang sama seperti perubahan “benda dalam dirinya sendiri” tidak sedar tetapi dapat dijadikan sedar menjadi “benda bagi kita”, dari “jiwa benda-benda” menjadi “fenomena”).
Marx dan Engels menganggap materialisme ‘lama,’ termasuk falsafah Feuerbach (dan materialisme Büchner, Vogt dan Moleschott yang lebih ‘kasar’), mengandungi kelemahan-kelemahan berikut:
(1) materialisme ini “secara umumnya adalah mekanikal,” gagal untuk mempertimbangkan kemajuan-kemajuan terbaru dalam kimia dan biologi (pada hari ini, ia perlu ditambah: dan alam teori jisim elektrik);
(2) materialisme lama adalah bersifat bukan bersejarah dan bukan dialektik (metafizikal, dan erti anti-dialektik), dan tidak mematuhi dengan berterusan dan mendalam kepada pendirian kemajuan;
(3) ia menganggap “inti manusia” dalam abstrak, bukannya sebagai “yang paling rumit” (ditentukan secara kukuh dan bersejarah) daripada “hubungan-hubungan sosial,” dan maka hanya “mengkaji” dunia, manakala ia merupakan persoalan “mengubah” dunia, iaitu, ia tidak memahami kepentingan “aktiviti revolusioner praktis.”
Bapanya merupakan seorang peguam, seorang Yahudi, yang pada tahun 1824 menganut Protestanisme. Keluarganya agak kaya, beradat, tetapi bukannya revolusioner. Selepas mendapat ijazah dari sebuah Gymnasium di Trier, Marx memasuki universiti, pertama sekali di Bonn dan kemudiannya di Berlin, di mana dia mempelajari perihal perundangan, dengan keutamaan dalam sejarah dan falsafah.
Dia menamatkan kursus universiti pada tahun 1841, dengan tesis doktoral mengenai falsafah Epicurus. Pada masa itu, Marx merupakan seorang idealis Hegelian dalam pandangannya. Di Berlin, dia menjadi ahli bulatan ‘Hegelian Sayap Kiri’ (Bruno Bauer dan lain-lain) yang mencuba mencari kesimpulan atheistik dan revolusioner dari falsafah Hegel.
Selepas mendapat ijazah, Marx berpindah ke Bonn, dengan harapan menjadi seorang profesor. Namun, polisi reaksioner kerajaan, yang menghalang Ludwig Feuerbach daripada jatawan pengerusi pada tahun 1832, enggan membenarkannya untuk kembali ke universiti pada tahun 1826, dan pada tahun 1841 menghalang Profesor Bruno Bauer yang muda untuk berkhutbah di Bonn, memaksa Marx melepaskan idea kerjaya akademik. Pandangan Hegelian Sayap Kiri semakin menyebar di Jerman pada masa itu. Ludwig Feuerbach mulai mengkritik teologi, terutamanya selepas tahun 1836, dan berpaling kepada materialisme, yang pada tahun 1841 mendapat keutamaan dalam falsafah dia (The Essence of Christianity).
Tahun 1843 menyaksikan kemunculan karya Feuerbach, Principles of the Philosophy of the Future. “Seseorang mesti mengalami sendiri kesan pembebasan” buku-buku ini, Engels kemudiannya menulis mengenai karya-karya Feuerbach tersebut. “Kami [iaitu, Hegelian Sayap Kiri, termasuk Marx] semua menjadi penganut Feuerbach dengan serta-merta.” Pada masa itu, beberapa orang borjuasi radikal di Rhineland, yang berhubungan dengan Hegelian Sayap Kiri, mengasaskan, di Cologne, akhbar pembangkang bertajuk Rheinische Zeitung (terbitan pertama dikeluarkan pada 1hb Januari 1842).
Marx dan Bruno Bauer diundang untuk menjadi penyumbang utama, dan pada bulan Oktober 1842, Marx menjadi penyunting utama dan berpindah dari Bonn ke Cologne. Aliran revolusioner-demokratik akhbar tersebut menjadi semakin tertera di bawah penyuntingan Marx, dan pihak kerajaan pertama sekali menekankan penapisan dua kali dan tiga kali ganda pada akhbar tersebut, dan kemudian pada 1hb Januari 1843, mengambil keputusan untuk mengharamkannya.
Marx terpaksa menyara daripada jawatan penyuntingan sebelum tarikh it, tetapi penyaraannya tidak menyelamatkan akhbar tersebut, yang menghentikan penerbitan pada bulan Mac 1843. Daripada rencana-rencana utama yang disumbangkan oleh Marx kepada Rheinische Zeitung, Engels menotakan, di samping rencana-rencana yang dinyatakan di bawah (lihat Bibliografi), sesuatu rencana mengenai keadaan petani-petani yang menanam wain di Lembah Moselle. Aktiviti-aktiviti kewartawanan Marx meyakinkannya bahawa dia tidak cukup mengenali ekonomi politik, dan dia bermula mempelajarinya dengan tekun.
Pada tahun 1843, Marx mengahwini, di Kreuznach, Jenny von Westphalen, seorang kawan dari umur muda yang dia telah bertunang dengan semasa dia masih merupakan seorang pelajar. Isterinya datangnya dari keluarga bangsawan Prusia yang reaksioner, dengan abangnya menjadi Menteri Dalam Negara Prusia pada masa yang paling reaksioner 1850-1858. Pada musim luruh tahun 1843, Marx melawat Paris untuk menerbitkan jurnal radikal di luar negara, bersama dengan Arnold Ruge (1802-1880; pengikut Hegelian Sayap Kiri; dipenjarakan dari tahun 1825-1830; seorang yang dibuang negara dari tahun 1848, dan seorang pengikut Bismarck selepas tahun 1866-1870).
Hanya satu terbitan jurnal ini, Deutsch-Franzöische Jahrbücher, dikeluarkan; terbitan ditamatkan kerana kesusahan pengagihan dengan sulit di Jerman, dan kerana percanggahan dengan Ruge. Rencana-rencana Marx dalam jurnal ini menunjukkan bahawa dia sudah merupakan seorang revolusioner, yang mengajukan “kritikan tajam terhadap segala yang wujud,” dan terutamanya “kritikan oleh senjata,” dan merayu kepada rakyat jelata dan kepada proletariat.
Pada bulan September 1844, Frederich Engels melawat Paris selama beberapa hari, dan dari masa itu menjadi sahabat karib Marx. Merek berdua mengambil bahagian aktif dalam kehidupan, yang pada masa itu sedang mendidih, kumpulan-kumpulan revolusioner di Paris (yang penting pada masa itu merupakan doktrin Proudhon, yang Marx mengkritik dengan tajam dalam Poverty of Philosophy, 1847); memperjuangkan pertempuran yang nekad menentang pelbagai doktrin sosialisme borjuasi kecil, mereka menghasilkan teori dan taktik sosialisme proletariat revolusioner, atau komunisme (Marxsisme). Lihat karya-karya Marx pada masa ini, 1844-1848, dalam Bibliografi.
Pada desakan berterusan Kerajaan Prusia, Marx dibuang negari dari Paris pada tahun 1845, sebagai seorang revolusioner bahaya. Dia berpindah ke Brussels. Pada musim bunga tahun 1847, Marx dan Engels menjadi ahli masyarakat propaganda rahsia yang dinamakan Liga Komunis ; mereka mengambil peranan penting dalam Kongres Liga Kedua (London, November 1847), pada saranan mana mereka menghasilkan Communist Manifesto yang diraikan, dan yang muncul pada bulan Februari 1848.
Dengan kejelasan dan kebijaksanaan seorang genius, karya ini menggariskan konsep dunia baru, materialisme selari, yang juga memupuk arena kehidupan sosial; dialektik, sebagai doktrin perkembangan yang paling menyeluruh dan mendalam; teori perjuangan jelas dan peranan revolusioner bersejarah-dunia proletariat iaitu pencipta masyarakat komunis baru.
Semasa letusan Revolusi Februari 1848, Marx dibuang negara dari Belgium. Dia kembali ke Paris, di mana, selepas Revolusi Mac , dia berpindah ke Cologne, Jerman, di mana Neue Rheinische Zeitung diterbitkan dari 1hb Jun, 1848 sehingga 19hb Jun, 1849, dengan Marx sebagai penyunting utama. Teori baru tersebut disahkan dengan baik sekali oleh aliran peristiwa-peristiwa revolusioner tahun 1848-1849, sebagaimana ia telah disahkan kemudiannya oleh kesemua gerakan proletariat dan demokratik di negara-negara di seluruh dunia.
Pihak revolusi-balasan yang berjaya pertama sekali memulakan kes makhamah menentang Marx (dia didapati tidak bersalah pada 9hb Februari 1849), dan kemudiannya dia dibuang negara dari Jerman (16hb Mei 1849). Pertama sekali, Marx kembali ke Paris, dan sekali lagi dibuang negara selepas demonstrasi pada 13hb Jun, 1849 , dan kemudiannya dia berpindah ke London, di mana dia menetap sehingga kematiannya.
Kehidupan dia dalam buangan negara politik merupakan kesusahan yang susah, seperti penyuratan di antara Marx dan Engels (diterbitkan pada tahun 1913) jelasnya menunjukkan. Kemiskinan membebankan dengan berat Marx dan keluarganya; jika ia bukan kerana bantuan kewangan berterusan dan tanpa mengiri diri sendiri oleh Engels, Marx sudah pasti tidak dapat menghabiskan Capital bahkan juga akan dihancurkan oleh keinginan.
Lebih-lebih lagi, doktrin-doktrin dan aliran-aliran sosialisme borjuasi kecil yang bermaharajela, dan sosialisme bukan proletariat secara umumnya, memaksa Marx untuk memperjuangkan pertempuran berterusan dan tanpa belas kasihan dan kadang-kala untuk menentang serangan-serangan peribadi yang paling ganas dan keji (Herr Vogt).
Marx, yang berdiri dengan luar biasa dari bulatan-bulatan mereka yang dibuang negara, memperkembangkan teori materialis dalam beberapa karya bersejarah (lihat Bibliografi), dengan memberikan dirinya secara umumnya kepada pelajaran ekonomi politik. Marx merevolusikan sains ini (lihat ‘Doktrin Marxsis’ di bawah) dalam karyanya, Contribution to the Critique of Political Economy (1859) dan Capital (Jilid I, 1867).
Kebangkitan semula gerakan-gerakan demokratik pada hujung tahun 1850-an dan pada tahun 1860-an memanggil semula Marx kepada aktiviti politik. Pada tahun 1864 (28hb September), Pertubuhan Pekerja Antarabangsa Internasional Pertama yang terkenal diasaskan di London. Marx berada di hati dan jiwa pertubuhan ini, dan merupakan pengarang Kenyataan pertamanya dan pelbagai resolusi-resolusi, deklarasi-deklarasi dan manifesto-manifesto yang lain.
Dalam menyatukan gerakan pekerja dari pelbagai negara, berusaha untuk menyalur pelbagai bentuk sosialis bukan proletariat dan pra-Marxsis (Mazzini, Proudhon, Bakunin, gerakan kesatuan pekerja liberal di Britain, pergolakan Lassallean ke sayap kiri di Jerman, dan sebagainya) ke dalam aktiviti bersama dan dalam menentang teori-teori kesemua kumpulan dan sekolah tersebut, Marx menghasilkan taktik seragam bagi perjuangan proletariat oleh kelas pekerja di pelbagai negara itu.
Berikutan penumbangan Komunis Paris (1871) bagi mana Marx memberikan kajian baik sekali, jelas, bijaksana, mantap dan revolusioner (The Civil War in France, 1871) dan jurang yang disebabkan oleh Bakunin dalam Internasional, pertubuhan tersebut tidak lagi dapat wujud di Eropah. Selepas Kongres Internasional di Hague (1872), Marx menyarankan pemindahan Majlis Umum Internasional ke New York.
Internasional Pertama telah memainkan peranan bersejarahnya, dan kini membuka jalan bagi zaman perkembangan gerakan pekerja yang lebih pesat di kesemua negara di dunia, zaman yang melihat gerakan tersebut membesar dalam pandangan, dan parti-parti kelas pekerja sosialis jelata di negara-negara individu di bentuk.
Kesihatan Marx dilemahkan oleh usaha gigihnya dalam Internasional dan kerjaya teori yang lebih tekun. Dia meneruskan usaha untuk mengubahsuai ekonomi politik dan selepas penghabisan Capital, bagi mana dia mengumpul bahan-bahan baru dan mengkaji beberapa bahasa baru (Bahasa Rusia, misalnya). Namun demikian, kemerosotan kesihatan menghalang dia menghabiskan sepenuhnya Capital.
Isterinya meninggal dunia pada 2hb Disember, 1881, dan pada 14hb Mac, 1883, Marx meninggal dunia dengan damai pada kerusinya. Dia dikuburkan di sisi isterinya di Kuburan Highgate di London. Daripada anak-anak Marx, beberapa meninggal dunia pada usia muda di London, apabila keluarga mereka sedang hidup dalam keadaan melarat.
Tiga anak perempuan mengahwini sosialis Inggeris dan Perancis: Eleanor Aveling, Laura Lafargue dan Jenny Longuet. Anak Jenny Longuet adalah ahli Parti Sosialis Perancis.
Doktrin Marxsis
Marxsisme adalah sistem pandangan dan ajaran Marx. Marx merupakan seorang genius yang meneruskan dan mengukuhkan tiga aliran ideologi utama dari abad kesembilan-belas, seperti yang diwakili oleh tiga negara manusia yang paling maju: falsafah Jerman klasik, ekonomi politik Inggeris klasik, dan sosialisme Perancis bergabung dengan doktrin-doktrin revolusioner Perancis secara umum.
Diakui malah oleh pihak penentangnya, kedalaman dan ketekunan menakjubkan pandangan Marx, yang keseluruhannya mewakili materialisme moden dan sosialisme saintifik moden, sebagai teori dan rancangan gerakan kelas pekerja di kesemua negara bertamadun di dunia, menjadikannya kemestian bagi kami memberikan garis panduan ringkas mengenai konsep dunia belum secara umum, sebelum memberikan penjelasan mengenai isi kandungan utama Marxsisme, iaitu, doktrin ekonomi Marx.