Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh→ Apa Itu Politik?-» Apabila disebut politik, banyak orang akan mengaitkannya dengan parti politik. Kebanyakan orang menganggap politik itu adalah parti politik. Begitulah ceteknya kefahaman orang-orang kita tentang politik. Sistem pemerintahan yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang pemimpinnya dipilih oleh rakyat telah menjadi sebati kepada rakyat negara ini.
Di bawah sistem ini terdapat parti-parti poitik yang mempunyai berbagai agenda dan idea untuk mentadbir negara. Oleh kerana istilah politik yang difahami oleh kita telah disempitkan pengertiaannya maka sesiapa sahaja yang ingin bergiat dalam politik maka dia haruslah memilih atau menyokong parti politik yang disukainya atau mewujudkan parti politiknya sendiri dan kemudian membuat persiapan untuk bertanding dalam pilihanraya.
Kepada kita sistem demokrasi berparlimen ini telah menjadi seperti satu aturan agama yang tak boleh diubah-ubah lagi. Siapa yang berani nak ubah, kesalahannya sama seperti melakukan satu dosa besar.
Mungkin sistem yang kita amalkan sekarang ini adalah suatu sistem yang amat baik untuk kita, tetapi untuk mengatakan sistem yang kita pakai ini tidak boleh lansung diubah kepada sistem yang lain adalah suatu yang tidak betul. Tidak ada satu benda pun di dunia ini tidak mengalami perubahan di sepanjang sejarahnya. Perhatikanlah kepada makanan, pakaian dan cara hidup manusia hari ini, semuanya telah banyak berubah dari masa-masa yang lalu. Ada yang berubah secara mendadak dan ada pula yang mengambil masa yang agak lama.
Hidup bermasyarakat adalah satu keperluan kepada manusia. Kehidupan bermasyarakat pula memerlukan pemimpin dan kepimpinan. Pemimpin akan menentukan cara bagaimana hendak mentadbir dan mengurus masyarakat yang dipimpinnya. Orang politik tulin akan mencipta kaedah-kaedah terbaik untuk mengurus sesuatu masyarakat. Dari zaman dahulu sampailah sekarang telah bermacam-macam kaedah telah dicuba untuk mentadbir dan mengurus kehidupan manusia ini. Ada sistem politik atau pemerintahan yang boleh bertahan lama dan ada sistem yang bertahan sekejap sahaja.
Ada sistem yang begitu ideal pada teorinya tetapi bila dilaksanakan ternyata gagal atau tidak dapat mencapai matlamatnya. Sistem politik yang baik sepatutnya mestilah dapat menghasilkan masyarakat yang maju, adil dan harmoni. Mungkin di hari ini sistem pemerintahan cara demokrasi adalah pilihan yang terbaik. Tetapi seperti yang dikatakan sebelum ini, semua perkara akan tetap berubah dengan peredaran masa, termasuklah juga sistem politik. Tidak mustahil pada masa akan datang akan wujud lagi sistem politik yang dianggap lebih baik dan lebih sesuai dengan masyarakat di masa tersebut.
Pernah di satu masa dulu sistem kominis telah mendapat tarikan dari banyak masyarakat di serata dunia ini. Sistem ini telah dapat menawan hati masyarakat golongan bawahan kerana di bawah sistem ini kekayaan akan diagihkan sama rata. Pendapatan semua orang adalah sama banyak tidak kira jenis pekerjaannya. Kelihatannya sistem ini begitu bagus pada teorinya, tetapi apa terjadi akhirnya, setelah diamalkan buat beberapa lama, sistem ini tidak dapat menghasilkan masyarakat yang berdaya saing dan produktif. Negara yang mengamalkannya menjadi mundur dan lemah dan akhimya sistem tersebut ditolak oleh masyarakat yang mengamalkannya.
Ada sesetengah pihak menganggap politik adalah suatu perkara yang sensitif, pihak-pihak ini seperti lebih suka rakyat tidak diberi penerangan tentang makna politik yang sebenarnya. Mungkin dengan cara ini kepentingan pihak-pihak tersebut dapat dijaga. Sebenamya ini bukanlah kali pertama masyarakat kita memahami politik itu secara yang sempit, kalau kita meninjau sejarah silam, kita akan terjumpa keadaan yang sedemikian.
Semasa pemerintahan kerajaan Melayu Metaka dahulu, sistem pemerintahan beraja telah diterima pakai oleh masyarakat ketika itu. Sultan berkuasa penuh ke atas rakyatnya. Buat beberapa lama pemeritahan beraja itu telah sebati dengan orang-orang Melayu ketika itu. Sistem itu seperti telah menjadi aturan agama kepada mereka, sehingga merasakan seperti melakukan satu dosa untuk mengubahnya. Ketika itu rakyat hanya tahu, politik hanyalah pemerintahan beraja saja. Sekalipun Hang Jebat menentang raja kerana raja tidak berlaku adil kepada sahabatnya Hang Tuah, tetapi Hang Jebat tetap dianggap bersalah oleh dirinya sendiri dan rakyat ketika itu kerana sistem beraja seperti telah menjadi satu ketetapan agama kepada mereka.
Kalaulah ketika itu Hang Jebat mendapat kefahaman yang jelas tentang politik, tentulah beliau dengan cepat menukar sistem beraja ketika itu kepada pemerintahan corak lain seperti corak republik seperti di Libya ataupun cara pemerintahan tentera (mungkin di waktu itu boleh dipanggil pemerintahan hulubalang) atau lain-lain sistem yang dffikirkannya sesuai. Tetapi oleh kerana pemahaman politiknya sempit atau disempitkan maka keadaan yang disebutkan tadi tidaklah berlaku.
Bagaimanakah corak politik Islam? Islam tidak pemah menetapkan corak pemerintahan bagaimana yang harus kita pakai dalam mentadbir negara samalah seperti Islam tidak pemah menetapkan fesyen pakaian yang macamana harus dipakai oleh orang Islam. Begitu juga Islam tidak pemah menetapkan makanan apa yang mesti dimakan oleh orang Islam. Walaubagaimanapun terdapat dasar-dasar yang telah ditetapkan yang perlu dipatuhi oleh orang Islam apabila memilih pakaian yang hendak dipakai dan makanan yang hendak dimakan.
Contohnya dalam hal pakaian, kita diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat. Oleh itu jika ada orang mendakwa pakaian islam mestilah seperti fesyen yang dipakainya maka dakwaannya itu adalah salah, yang betulnya dia hanya boleh berkata, fesyen yang dipakainya tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Dalam hal makanan pula, kita dilarang memakan benda-benda yang haram seperti arak, daging babi dan anjing serta daging binatang yang tidak disembelih. Oleh itu restoran yang meletakan papan tanda yang berbunyi 'Restoran Makanan Orang-orang Islam' sebenamya tidaklah begitu tepat kerana orang Islam seluruh dunia tidaklah memakan makanan yang sama. Papan tanda yang betul sepatutnya berbunyi 'Restoran Makanan Halal'.
Begitulah juga dengan cara mentadbir dan memerintah negara, Islam telah menetapkan beberapa dasar yang perlu dipatuhi oleh umat Islam. Islam telah menetapkan semua keputusan dan urusan yang dibuat ke atas orang ramai mestilah dilakukan secara mesyuarah. Pemimpin juga dilantik secara mesyuarah. Setiap orang yang tinggal di bawah pemerintahan Islam mestilah mendapat keadilan, haknya terpelihara, keselamatannya tejamin, tidak tertindas dan mempunyai kebebasan beragama dan bersuara.
Oleh itu di dalam Islam, kita bebas memilih corak pemerintahan yang kita hendak, tetapi mestilah mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh Islam dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan nilai Islam. Oleh itu sesiapa yang mendakwa sistem pemerintahan Islam adalah seperti corak pemerintahan yang diamalkannya, maka dakwaannya itu tidaklah tepat, dia sepatutnya hanya boleh berkata, corak pemerintahan yang diamalkannya adalah mengikut kehendak Islam.
Home »
Ilmu Politik
» Apa Itu Politik?
Apa Itu Politik?
Posted by www.suriyaaceh.eu.org
Posted on 7:19:00 pm
with No comments
0 Responses to komentar:
Post a Comment
Comment Policy: Silahkan tuliskan komentar Anda yang sesuai dengan topik postingan halaman ini. Komentar yang berisi tautan tidak akan ditampilkan sebelum disetujui.
Peraturan Berkomentar
[1]. Dilarang menghina, Promosi (Iklan), Menyelipkan Link Aktif, dsb
[2]. Dilarang Berkomentar berbau Porno, Spam, Sara, Politik, Provokasi,
[3]. Berkomentarlah yang Sopan, Bijak, dan Sesuai Artikel, (Dilarang OOT)
[3]. Bagi Pengunjung yang mau tanya, Sebelum bertanya, Silakan cari dulu di Kotak Pencarian
“_Terima Kasih_”